Ahad, Mei 06, 2012

FAREEDA NYATA JELITA :)

Assalamualaikum..

Bismmilahirrahmanirrahim..
Da lama tak up date..naik bersawang dah blog ni..bukan apa..Sibukkan biznes baru..TUDUNG FAREEDA NYATA JELITA..hehehe..sapa2 yang suka dengan tudung ni boleh Add saya di FB FAREEDA SCARF CTMIN..(promo gak..hihihi)..Sekadar mencabar diri..Maklum la hidup hanya sekali..Cuba menggapai impian sejauh mungkin..Apa pun hari ni saya sekadar nak kongsi gambar freegift yang saya buat khas untuk pelanggan saya sebagai tanda terima kasih saya..








Diharapkan customer2 saya yang menerimanya suka..Tak dapat nak menaip panjang lebar..apapun terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya..Kalau ada yang berhajat nak menempah silalah emailkan ke gapsmin@gmail.com .Untuk email yang baru ni saya dah link kan ke Handphone saya..so, saya lebih alert dgn email2 yang dikirimkan..Selamat berhujung minggu semua..Thanks All..

Selasa, Januari 31, 2012

Tasbih Kristal

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum..

Hai semua, semoga hari ni bersinar-sinar lah buat kita sepertimana matahari memancarkan cahayanya...So untuk hari ni saya nak cerita sikit tentang hasil tangan yang terbaru, tasbih kristal..Sebelum ni saya ada mention pasal kristal yang saya tengok bling-bling kat kedai..Saya memang da lama terpikir nak do something ng kristal tu..geram sangat..So, this is it outcome yang i've done buat masa ni.. Ada lagi beberapa benda y berlegar kat kepala..Insyaallah..bila dah terlaksana saya tunjuk yer..
Untuk tasbih ni, saya buatkan 33 biji..setiap 11 biji saya selangselikan dengan gold ball atau kristal y lebih besar denga besi kerawang kaler silver. Saya selalu terpikir apa gift nak bagi kat orang klu time kenduri ataupun apa-apa occasion..Rasanya tasbih ni pun sesuai sangat2 kalau dibuat cenderahatikan..ada juga yang dah siap dikedai, tp simple jer la. So, saya cuba buat sebaik mungkin untuk ia nampak cantik dan ekslusif pada harga yang berpatutan. Mesti orang yang dapat gift tu pun rasa berbesar hati jugakkan..so, layan dulu gambar-gambar ni..
antara yang sempat saya siapkan

Tasbih kristal 33 biji
RM 20 setiap satu
(termasuk pos dan kotak)


tasbih biru

tasbih putih dengan tussel  kuning coklat

tasbih putih dengan tussel biru


tasbih putih dengan tussel pink


tasbih coklat


  
tasbih pink dengan tussel maroon

tasbih pink dengan tussel maroon


tasbih pink dengan tussel pink

close up bahagian hujung




Agak-agak anda ketandusan idea nak mencari doorgift yang special untuk majlis anda, saya syorkan tasbih ni.(",). Sesiapa yang berminat untuk menempah dengan kuantiti yang banyak amat saya alu-alukan dan harga boleh runding lagi. ;)..  Insyaallah saya akan cuba untuk realisasikan mengikut kemahuam tema dan juga bajet anda.. Kalau berminat ble emailkan pada saya di yimsak@yahoo.com.. Semoga hari-hari mendatang lebih baik buat kita semua dan kita sentiasa dilimpahi rahmatNya selalu..
Assalamualaikum..

Isnin, Januari 23, 2012

Sarung Bantal Biru

Bismillahirrahim..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, cerah jer pagi ni..anak-anak pun tengah tido, dapatlah saya ambik kesempatan update blog ni..Harapnya kecerahan pagi ni berpanjangan, maklum la tengah cuti Tahun Baru Cina.. Saya dan suami planning nak bawa anak-anak mandi laut nanti..kami x balik ke kampung sebab nak ambik masa merehatkan badan. Kalau nak balik ke senanjung, kos besar sikit, balik Lahad Datu pulak letih long journey...Insyaallah lain kali je la kami balik..
Disini saya paparkan sulaman pada sarung kusyen, asalnya tempahan untuk teman saya, tapi saya kurang berpuas berkenan dengan warna biru kain tu..Sebab dah terbeli, saya cuba juga la padankan warnanya..So, layan jer..

design bunga


close Up sikit


up lagi


dan lagi...

Dah lama saya buat benda alah ni, masa kat kampung temankan mak selepas arwah ayah saya pergi..Semalam genap 100 hari arwah ayah saya mengadap Illahi.. Saya jer yang tak dapat nak terbang pulang sama-sama sertai majlis tahlil dan juga menegakkan batu nesan.. Sedih tak terkata dalam hati..Semoga Allah Taala menempatkan arwah ayah saya dikalangan orang yang beriman dan mengampuni dosa-dosanya yang lalu...Amin...
Sesiapa yang berminat dan sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di yimsak@yahoo.com.
Assalamualaikum

Jumaat, Januari 20, 2012

Kotak Hantaran Biru 2

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum....


Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, untuk kali ini saya paparkan hasil sulaman untuk kotak hantaran. Warna biru turqoise adalah warna tema perkahwinan adik saya. Tapi agak menyedihkan saya sebab ada beberapa gambar yang saya ambil dari sudut yang berbeza dah di delete oleh kanak-kanak riang..(anak saya punya kerja !!)..Jadi apa yang ada saja lah nampaknya...untuk bahagian tepi kotak hanya pada gambar yang saya dah hiaskan dengan barang-barang yang dijadikan hantaran saja..


setelah dibalut pada kotak


Landing Atas Katil


Sebahagian barang hantaran


Nak jugak menyibuk kat pelamin 

Makanya dengan ini dimaklumkan sesiapa yang berkenan untuk menempah silalah utuskan email pada saya yimsak@yahoo.com . Insyaallah next entry saya paparkan hasil sulaman yang lain..

Semoga hari yang kita lalui sentiasa beroleh keberkatan dan dirahmatiNya selalu..amin..Terima kasih buat anda yang sudi berkunjung ke blog saya...(",)


Gapsmin

Sabtu, Januari 07, 2012

Bed Runner Pengantin

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kita telah melangkah ke tahun baru..maka akan beranjak juga lah angka umur kita, kan..itu hukum alam sejak azali..Jadinya, sama-samalah kita bermuhasabah diri dalam menempuh kehidupan ini..


Agak berbulan tak update blog ni..Macam terbang satu bahagian dari badan ni. Jadi selepas berjaya keluar dari zon MALAS dan jugak LESU inilah santapan mata yang saya sediakan , bed runner yang saya buat khusus untuk perkahwinan adik saya pada Oktober tahun lalu.. Seminggu sebelum ayahanda tercinta meninggalkan kami sekeluarga..rindunya kat Arwah abah..:( ( Ya Allah..letakkanlah ayahku dikalangan orang yang beriman..Amin..)..Tapi, bed runner ni ia juga boleh dijadikan table runner..


Tulis banyak-banyak pun takde makna,makanya silalah  menjamu mata..


Atas katil pengantin

Jenuh cari manik jurai-jurai tu. Akhirnya jumpa kat Jakel Sg besar

Close  up design..saya gunakan kristal sebagai penyeri di ranting-ranting tu. Kebetulan saya memang suka tengok kristal yang melambak kat sabah ni..Jual pun murah..Apalagi..saya rembat la 2-3 rantai yang masih belum dibuat aksesori..(psst..nak gak jual nanti, ble gak jahit kat baju..bling-bling gitu..coming soon ya)

Pandangan sisi 

Ini sajalah yang saya sediakan kali ni..banyak lagi yang terperap belum saya selongkar..;p Harapnya kedatangan tahun baru ni banyak lah manfaat dan juga rahmat yang kita perolehi..(walaupun macam-macam hal yang diramalkan..kononnyer) whatever la kan..so, sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di email yimsak@yahoo.com..(sebenarnya xnak bagi no handphone sebab banyak sangat orang call untuk hal yang merapu dan menipu)
Semoga kita semua berada dalam Lindungan dan RahmatNYA selalu..
Assalamualaikum...


GapsMin