Isnin, Januari 23, 2012

Sarung Bantal Biru

Bismillahirrahim..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, cerah jer pagi ni..anak-anak pun tengah tido, dapatlah saya ambik kesempatan update blog ni..Harapnya kecerahan pagi ni berpanjangan, maklum la tengah cuti Tahun Baru Cina.. Saya dan suami planning nak bawa anak-anak mandi laut nanti..kami x balik ke kampung sebab nak ambik masa merehatkan badan. Kalau nak balik ke senanjung, kos besar sikit, balik Lahad Datu pulak letih long journey...Insyaallah lain kali je la kami balik..
Disini saya paparkan sulaman pada sarung kusyen, asalnya tempahan untuk teman saya, tapi saya kurang berpuas berkenan dengan warna biru kain tu..Sebab dah terbeli, saya cuba juga la padankan warnanya..So, layan jer..

design bunga


close Up sikit


up lagi


dan lagi...

Dah lama saya buat benda alah ni, masa kat kampung temankan mak selepas arwah ayah saya pergi..Semalam genap 100 hari arwah ayah saya mengadap Illahi.. Saya jer yang tak dapat nak terbang pulang sama-sama sertai majlis tahlil dan juga menegakkan batu nesan.. Sedih tak terkata dalam hati..Semoga Allah Taala menempatkan arwah ayah saya dikalangan orang yang beriman dan mengampuni dosa-dosanya yang lalu...Amin...
Sesiapa yang berminat dan sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di yimsak@yahoo.com.
Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan