Assalamualaikum..
Alhamdulillah, kita telah melangkah ke tahun baru..maka akan beranjak juga lah angka umur kita, kan..itu hukum alam sejak azali..Jadinya, sama-samalah kita bermuhasabah diri dalam menempuh kehidupan ini..
Agak berbulan tak update blog ni..Macam terbang satu bahagian dari badan ni. Jadi selepas berjaya keluar dari zon MALAS dan jugak LESU inilah santapan mata yang saya sediakan , bed runner yang saya buat khusus untuk perkahwinan adik saya pada Oktober tahun lalu.. Seminggu sebelum ayahanda tercinta meninggalkan kami sekeluarga..rindunya kat Arwah abah..:( ( Ya Allah..letakkanlah ayahku dikalangan orang yang beriman..Amin..)..Tapi, bed runner ni ia juga boleh dijadikan table runner..
Tulis banyak-banyak pun takde makna,makanya silalah menjamu mata..
Atas katil pengantin
Jenuh cari manik jurai-jurai tu. Akhirnya jumpa kat Jakel Sg besar
Close up design..saya gunakan kristal sebagai penyeri di ranting-ranting tu. Kebetulan saya memang suka tengok kristal yang melambak kat sabah ni..Jual pun murah..Apalagi..saya rembat la 2-3 rantai yang masih belum dibuat aksesori..(psst..nak gak jual nanti, ble gak jahit kat baju..bling-bling gitu..coming soon ya)
Pandangan sisi
Ini sajalah yang saya sediakan kali ni..banyak lagi yang terperap belum saya selongkar..;p Harapnya kedatangan tahun baru ni banyak lah manfaat dan juga rahmat yang kita perolehi..(walaupun macam-macam hal yang diramalkan..kononnyer) whatever la kan..so, sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di email yimsak@yahoo.com..(sebenarnya xnak bagi no handphone sebab banyak sangat orang call untuk hal yang merapu dan menipu)
Semoga kita semua berada dalam Lindungan dan RahmatNYA selalu..
Assalamualaikum...
GapsMin
Selamat tahun baru Min.....mudah2an kita semua tabah menempuh hari2 mendatang tanpa orang tersayang. Tabah la ye...
BalasPadamCantik kraftangan min, kalau nak basuh tak boleh kasar2 ye? tak tanggal ke bunga tu?
Selamat tahun baru kak..Thanks kak..ni tengah panaskan enjin nak menjahit balik..da lama tekan handbreak ni..hehehe..tu kalau nak basuh kena pakai tangan jer..klu jahit benda ni pada min yang penting jahit bunga kat kain tu kena kemas-kemas ngan betul-betul melekat biar xtanggal..nanti xla org komplen bayar mahal2 tapi sehari dua da terburai..hehehe
BalasPadam