Sabtu, Jun 11, 2011

MEMBE ABADI...

Assalamualaikum...
Lama benar tidak menghadirkan sesuatu untuk tatapan di blog ni..entah kenapa, semangat tu kureng sikit walaupun banyak rasanya ayat2 yang nak dimuntahkan dari kepala ni..Entry kali ini penuh makna dan rasa buat saya..pertamanya, pesanan ini datangnya dari antara sahabat saya ketika di universiti dulu..So, Mr Bambang Irawan Syah, thanks a lot for your support..also to all Membe Abadi..kenapa ada Membe Abadi?  Panjang ceritanya..hehehe..seronok rasa hati bila kawan2 tetap menyokong walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri..Walaupun sudah bertahun, teman-teman seperjuangan, kalian tetap dihatiku..

Tempahan ini adalah permintaan khas dari teman saya tadi, beliau mahukan design yang sama dengan hadiah yang saya buat perkahwinan teman baik saya dulu..ada di post entry sebelum ini..hanya berbeza warna dan sedikit pertukaran yang saya lakukan..warna adalah pilihan dari teman saya..pada mulanya risau juga gabungan warna x menjadi, tapi alhamdulillah teman saya berpuas hati dengan hasilnya..tulisan di tengah-tengah love "friends forever" saya gunakan teknik frenchknot..jenuh juga mula-mula..tp lama2 alhamdulillah..practice make perfect..kemudian beliau mahukan tulisan "membe abadi" seperti signature..setelah puas saya mencuba akhirnya terhasillah begitu rupa..

Jadi, sekarang jemputlah menjamu mata yer..nak jemput minum xdapek do....


Ini adalah keseluruhan design..sama seperti yang terdahulu..cuma saya buat perubahan pada kudup bunga dan juga teknik jahitan untuk bunga ala-ala lavender tu kepada kolonial not..nampak timbul sikit

Untuk wording ni saya gunakan teknik jahitan French Knot..bila da banyak kali buat baru jadi..fuhhh..jenuh juga nak memahirkan teknik ni

Design sebelah kanan

Design sebelah kiri




Bahagian bawah dengan wording seolah-olah signature

Bahagian tepi..saya lapiskan tali dan juga renda untuk menyerlahkan lagi wall hanging ini..

Sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah menghantar email kepada saya ya...Insyaallah saya akan buat yang terbaik bagi memenuhi kehendak anda..(",)

Di kesempatan ini juga saya melahirkan rasa tersentuh dan juga kesedihan hati saya diatas dugaan yang menimpa teman saya, Hayanah yang baru-baru ini saya temui ketika melawat anaknya di Hospital Likas..Anaknya si kecil 2 tahun itu mengalami komplikasi setelah pembedahan sebelum ini..walaupun sakit tapi anak itu masih lincah bermain-main di bilik hospital..Kuyan, kami sekeluarga mendoakan anak mu cepat sembuh dan kembali girang seperti kanak-kanak lain..
Kemudian, saya juga didatangi berita yang mengejutkan apabila teman saya juga, Sharifah Mat Hashim, bakal menjalani pembedahan minggu depan bagi merawat kanser kilang telur yang berada level 3..sesungguhnya dugaan dari Allah SWT untuk setiap hambanya berbeza..tapi harus kita ingat bahawa Allah menduga hambaNya dengan dugaan yang mampu ditempuhinya..saya harap teman-teman saya ini tabah dalam mengharunginya walaupun begitu payah..buat yang sudi, pinta saya, doakanlah kesejahteraan mereka agar dapat melaluinya..amin..

Buat yang sudi berkunjung ke blog ini, terima kasih saya ucapkan dan saya mohon anda juga mendoakan kesejahteraan kita semua..