Jumaat, Ogos 12, 2011

Cushion Cover

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Illahi, hari ni sudah 11 hari kita berada dalam bulam Ramadhan al-mubarak ini..Entah kenapa terasa sebak pula saya bila memikirkan ramadhan kali ini..apapun, hanyalah keberkatan dan rahmat daripada Allah Taala yang saya harapkan buat kita semua terutama untuk saya sekeluarga dan juga ibu bapa saya yang berada di semenanjung sana..

Untuk kali ini saya paparkan hasil tangan saya yang sebenarnya agak lewat saya sudahkan..mujur tuan punya sarung kusyen ini cik Wana,  sabar menanti..sarung kusyen ini beliau ingin hadiahkan buat ayah bondanya tersayang sempena dengan hari Ibu dan juga Bapa yang lalu..tu sebab ada tulisan di tengah2..apakan daya saya ada saja aral yang melintang membuatkan saya lewat menyudahkannya..maaf sebab kualiti gambar xmemuaskan..saya snap menggunakan iphone suami saya. maklumla x pandai nak adjust, main belasah jer..apapun, enjoy viewing..

Ada 3 pasang atau 6 keping sarung kusyen yang di pesan cik wana..setiap keping tertulis ucapan happy father's @ mother's day dan nama beliau atau abang dan adiknya setiap seorang..

susunan bunga di sebelah kiri dan kanan untuk ucapan yang berbeza.

Close Up bunga..

Warna biru untuk ucapan Happy Father's Day


Close up bunga

Ukuran 16"x16"
material cotton satin

Saya amat mengalu-alukan komen dan pandangan  para pengunjung blog ini terhadap hasil kerja saya supaya saya dapat memperbaikinya lagi..tp kalau ada yang nak buat pesanan lagilah saya alu-alukan..jadi sebarang pertanyaan dan juga komen anda boleh la tinggalkan di bahagian shout box ataupun ruangan komen..juga saya alu-alukan ke email saya  yimsak@yahoo.com.. Buat anda yang berpuasa, selamat berbuka dan selamat menjalani ibadah puasa dibulan mulia ini..
Semoga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat dariNya..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan