Selasa, Julai 12, 2011

DIY Tag

Assalamualaikum..
Agak lama takde entry baru..semua masih lagi work in progress..hasil yang dah siap masih lagi belum berkempatan untuk dicantumkan menjadi hasil sebenar..so, bersabar yer..nanti da siap saya tepek kat sini..(buruk no perkataan tepek tu kan..xpe la nak guna gak..)

Untuk kali ni saya paparkan tagging yang saya wat sendiri untuk majlis akikah anak saya dan juga majlis harijadi anak2-anak saya..saje kongsi idea, x cantik sangat pun..practise make perfect..daripada buat dikedai, apasalahnya ambil kesempatan gunakan segala kemudahan yang ada depan mata. Lagipun untuk anak-anak juga. Ucapan terima kasih saya buat Khamsaini yang sudi sharing this good idea. Anda boleh tengok hasil kerja beliau di blognyer, ada saya linkkan di sebelah..saya memang suka ranjau blog dia..hasil yang begitu mengujakan..

So, layan lah apa yang ada seadanya..

terlambak semuanya kat tepi dinding...
ni semua untuk majlis akikah anak kedua saya dan juga anak saudara saya

coklat yang da siap packing dlm container box. yang saya nak da habis stok,
jadi ini jer alternatif yang ada..alhamdulillah..

Container box dengan coklat


yang ni guna transparent box..still coklat lagi kat dalam

tag yang dibuat sendiri..saya letak gambar kartun Boboiboy dengan Yaya

Yang ni Tag yang saya buat untuk birthday kedua-dua anak saya..
saja pacakkan kat atas cheese tart tu..tapi tart tu bukan saya buat..order khas dari Kak ZanaFahmi. Ada saya linkkan blog dia kat tepi..banayk resepi dia wooo...sedapppp...

Tag dengan kartun Upin Ipin..sebab dua-dua anak saya suka tengok Upin Ipin..X miss tiap hari kul 5.30 dengan 6.30 kat TV9..


Yang ni Tag untuk goodies bag..saja suka-suka untuk bagi tetamu dan budak-budak yang datang..

Sesekali melayan kertas buat benda-benda camni best jugak. So, itu sajalah yang saya nak tunjuk..next entry insyaallah saya paparkan hasil kerja yang lain pulak..terima kasih sebab sudi menjengah ke blog ini..semoga kita sentiasa dalam lindunganNya sepanjang perjalanan hari ini...Amin.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan