Ahad, April 24, 2011

Wall Hanging

Assalamualaikum...
Petang-petang macam ni bila terlena, sedapnyer terasa apatah lagi dengan hujan lebat kat luar tu...Saya lak ambil kesempatan yang ada ni untuk post entry yang baru disini...
Hasil yang saya nak tunjukkan kali ni adalah wall hanging..kalau ikutkan da lama siap, tapi sebab benang sulam habis, makanya baru malam tadi saya dapat siapkan jahitan tepi wording dia....
Kali ni saya gunakan reben warna maroon untuk bunga ros, dan untuk wording saya gunakan warna kuning..so nampak kontra sikit..saya gunakan kain felt untuk setiap huruf-huruf tersebut..ditepi kain felt yang telah dipotong ikut huruf tu saya jahitkan dengan benang sulam dari warna yang berbeza sedikit. Dari jauh da nampak da..da macam signboard lak ek..hehehe..whatever pun, happy viewing...(",)


keseluruhan design

 close up

sebelah kiri design..(ada plak pepatung terbang..)

ini pulak design sebelah kiri

Sesiapa yang berkenan boleh menghantar email kepada saya yimsak@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.Ataupun boleh meninggalkan komen-komen anda di sini..
Assalamualakum..(",)

Jumaat, April 08, 2011

Baby Gift..

Assalamualaikum...


Semoga sejahtera hendaknya kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini..Untuk entry kali ini saya paparkan hasil tangan yang lepas, hadiah buat newborn baby, khas buat sahabat saya, Erni..Selalu kalau kita datang bertandang melawat bayi yang baru lahir selalu dititipkan hadiah berupa baju ataupun tilam, xpun duit..tp saya plak titipkan hadiah baju dan juga wallhanging ni untuk si kecil..boleh di gantung di pintu biliknya..sengaja sebenarnya saya buatkan wallhanging tu..da biasa sangat orang bagi baju kan, sesekali kita tukar x salahkan..

So, happy viewing...

Close up bunga..masa ni baru siapkan bahagian bawah..

Suka tengok kaler pink tu..:p



 Ni lepas da jahit wording dia..gunakan benang sulam DMC (saranan dari otai-otai RE y saya baca dari blog2 mereka)

setelah siap semua jahitan..



Inilah hasil terakhir ...

Saya terlupa nak snap gambar hasil terakhir sebelum diberikan pada mama baby Sorfina, Pn Erni, So dia tolong snapkan gambar ni untuk saya..Terasa satu kepuasan pada diri saya bila menghadiahkan sesuatu kepada orang lain, sesuatu yang kita hasilkan sendiri dari tangan kita..walaupun x secantik mana, tapi bila penerimanya gembira, Alhamdulillah..itu sudah cukup buat saya berbesar hati...tak percaya cuba buat..

Jika ada yang berkenan, boleh tempah yer..xsemestinya letak nama..wording tu boleh di tukar ikut kehendak anda.. ;).. Saya pun berbesar hati kalau anda mahukan saya menghasilkannya untuk anda..sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui yimsak@yahoo.com ..Semoga hari esok yang mendatang lebih baik dari hari-hari semalam buat kita semua..Assalamualaikum..