Selasa, Julai 12, 2011

DIY Tag

Assalamualaikum..
Agak lama takde entry baru..semua masih lagi work in progress..hasil yang dah siap masih lagi belum berkempatan untuk dicantumkan menjadi hasil sebenar..so, bersabar yer..nanti da siap saya tepek kat sini..(buruk no perkataan tepek tu kan..xpe la nak guna gak..)

Untuk kali ni saya paparkan tagging yang saya wat sendiri untuk majlis akikah anak saya dan juga majlis harijadi anak2-anak saya..saje kongsi idea, x cantik sangat pun..practise make perfect..daripada buat dikedai, apasalahnya ambil kesempatan gunakan segala kemudahan yang ada depan mata. Lagipun untuk anak-anak juga. Ucapan terima kasih saya buat Khamsaini yang sudi sharing this good idea. Anda boleh tengok hasil kerja beliau di blognyer, ada saya linkkan di sebelah..saya memang suka ranjau blog dia..hasil yang begitu mengujakan..

So, layan lah apa yang ada seadanya..

terlambak semuanya kat tepi dinding...
ni semua untuk majlis akikah anak kedua saya dan juga anak saudara saya

coklat yang da siap packing dlm container box. yang saya nak da habis stok,
jadi ini jer alternatif yang ada..alhamdulillah..

Container box dengan coklat


yang ni guna transparent box..still coklat lagi kat dalam

tag yang dibuat sendiri..saya letak gambar kartun Boboiboy dengan Yaya

Yang ni Tag yang saya buat untuk birthday kedua-dua anak saya..
saja pacakkan kat atas cheese tart tu..tapi tart tu bukan saya buat..order khas dari Kak ZanaFahmi. Ada saya linkkan blog dia kat tepi..banayk resepi dia wooo...sedapppp...

Tag dengan kartun Upin Ipin..sebab dua-dua anak saya suka tengok Upin Ipin..X miss tiap hari kul 5.30 dengan 6.30 kat TV9..


Yang ni Tag untuk goodies bag..saja suka-suka untuk bagi tetamu dan budak-budak yang datang..

Sesekali melayan kertas buat benda-benda camni best jugak. So, itu sajalah yang saya nak tunjuk..next entry insyaallah saya paparkan hasil kerja yang lain pulak..terima kasih sebab sudi menjengah ke blog ini..semoga kita sentiasa dalam lindunganNya sepanjang perjalanan hari ini...Amin.. 



Rabu, Julai 06, 2011

Bookmark Reben

Assalamualaikum..
Semoga sejahtera hendaknya kita semua di bawah lindunganNya..saya plak entah kenapa, keinginan menyiapkan tempahan reben yang masih berbaki begitu berkobar-kobar, tapi kudrat kadangkala x mengizinkan..Benarlah kata orang, kita ni mampu merancang, tapi semuanya ketentuan Nya..Apapun saya cuba juga sedaya upaya saya..

Entry kali ni saya paparkan hasil kerja saya yang dah siap berbulan lepas, tapi saya x jumpa tussel yang sesuai..jadi, terperap je bookmark ni dalam kotak..puas juga saya ulang-alik ke kedai yang sama mencari mana tau ada stok yang baru, tapi menghampakan betul..Kebetulan saya sempat balik ke kampung saya di senanjung, apa lagi ambik kesempatan gi Jalan Tunku Abdul Rahman..memang niat nak cari juga stok-stok reben dan tussel ni..Alhamdulillah misi berjaya walaupun xdapat ranjau semua sebab cuaca hujan..

So, layan je lah...

Design untuk tussel maroon

 yang ni tussel pink

bunga-bunga untuk tussel pink
design yang lain dengan reben warna kuning
tussel kaler coklat tanah

Sapa-sapa berkenan bolehla order..macam biasalah email kan ke alamat email saya yimsak@yahoo.com. Semoga hari ini menjadi hari yang ceria buat anda semua..Assalamualaikum..

Sabtu, Jun 11, 2011

MEMBE ABADI...

Assalamualaikum...
Lama benar tidak menghadirkan sesuatu untuk tatapan di blog ni..entah kenapa, semangat tu kureng sikit walaupun banyak rasanya ayat2 yang nak dimuntahkan dari kepala ni..Entry kali ini penuh makna dan rasa buat saya..pertamanya, pesanan ini datangnya dari antara sahabat saya ketika di universiti dulu..So, Mr Bambang Irawan Syah, thanks a lot for your support..also to all Membe Abadi..kenapa ada Membe Abadi?  Panjang ceritanya..hehehe..seronok rasa hati bila kawan2 tetap menyokong walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri..Walaupun sudah bertahun, teman-teman seperjuangan, kalian tetap dihatiku..

Tempahan ini adalah permintaan khas dari teman saya tadi, beliau mahukan design yang sama dengan hadiah yang saya buat perkahwinan teman baik saya dulu..ada di post entry sebelum ini..hanya berbeza warna dan sedikit pertukaran yang saya lakukan..warna adalah pilihan dari teman saya..pada mulanya risau juga gabungan warna x menjadi, tapi alhamdulillah teman saya berpuas hati dengan hasilnya..tulisan di tengah-tengah love "friends forever" saya gunakan teknik frenchknot..jenuh juga mula-mula..tp lama2 alhamdulillah..practice make perfect..kemudian beliau mahukan tulisan "membe abadi" seperti signature..setelah puas saya mencuba akhirnya terhasillah begitu rupa..

Jadi, sekarang jemputlah menjamu mata yer..nak jemput minum xdapek do....


Ini adalah keseluruhan design..sama seperti yang terdahulu..cuma saya buat perubahan pada kudup bunga dan juga teknik jahitan untuk bunga ala-ala lavender tu kepada kolonial not..nampak timbul sikit

Untuk wording ni saya gunakan teknik jahitan French Knot..bila da banyak kali buat baru jadi..fuhhh..jenuh juga nak memahirkan teknik ni

Design sebelah kanan

Design sebelah kiri




Bahagian bawah dengan wording seolah-olah signature

Bahagian tepi..saya lapiskan tali dan juga renda untuk menyerlahkan lagi wall hanging ini..

Sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah menghantar email kepada saya ya...Insyaallah saya akan buat yang terbaik bagi memenuhi kehendak anda..(",)

Di kesempatan ini juga saya melahirkan rasa tersentuh dan juga kesedihan hati saya diatas dugaan yang menimpa teman saya, Hayanah yang baru-baru ini saya temui ketika melawat anaknya di Hospital Likas..Anaknya si kecil 2 tahun itu mengalami komplikasi setelah pembedahan sebelum ini..walaupun sakit tapi anak itu masih lincah bermain-main di bilik hospital..Kuyan, kami sekeluarga mendoakan anak mu cepat sembuh dan kembali girang seperti kanak-kanak lain..
Kemudian, saya juga didatangi berita yang mengejutkan apabila teman saya juga, Sharifah Mat Hashim, bakal menjalani pembedahan minggu depan bagi merawat kanser kilang telur yang berada level 3..sesungguhnya dugaan dari Allah SWT untuk setiap hambanya berbeza..tapi harus kita ingat bahawa Allah menduga hambaNya dengan dugaan yang mampu ditempuhinya..saya harap teman-teman saya ini tabah dalam mengharunginya walaupun begitu payah..buat yang sudi, pinta saya, doakanlah kesejahteraan mereka agar dapat melaluinya..amin..

Buat yang sudi berkunjung ke blog ini, terima kasih saya ucapkan dan saya mohon anda juga mendoakan kesejahteraan kita semua..


Ahad, April 24, 2011

Wall Hanging

Assalamualaikum...
Petang-petang macam ni bila terlena, sedapnyer terasa apatah lagi dengan hujan lebat kat luar tu...Saya lak ambil kesempatan yang ada ni untuk post entry yang baru disini...
Hasil yang saya nak tunjukkan kali ni adalah wall hanging..kalau ikutkan da lama siap, tapi sebab benang sulam habis, makanya baru malam tadi saya dapat siapkan jahitan tepi wording dia....
Kali ni saya gunakan reben warna maroon untuk bunga ros, dan untuk wording saya gunakan warna kuning..so nampak kontra sikit..saya gunakan kain felt untuk setiap huruf-huruf tersebut..ditepi kain felt yang telah dipotong ikut huruf tu saya jahitkan dengan benang sulam dari warna yang berbeza sedikit. Dari jauh da nampak da..da macam signboard lak ek..hehehe..whatever pun, happy viewing...(",)


keseluruhan design

 close up

sebelah kiri design..(ada plak pepatung terbang..)

ini pulak design sebelah kiri

Sesiapa yang berkenan boleh menghantar email kepada saya yimsak@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.Ataupun boleh meninggalkan komen-komen anda di sini..
Assalamualakum..(",)

Jumaat, April 08, 2011

Baby Gift..

Assalamualaikum...


Semoga sejahtera hendaknya kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini..Untuk entry kali ini saya paparkan hasil tangan yang lepas, hadiah buat newborn baby, khas buat sahabat saya, Erni..Selalu kalau kita datang bertandang melawat bayi yang baru lahir selalu dititipkan hadiah berupa baju ataupun tilam, xpun duit..tp saya plak titipkan hadiah baju dan juga wallhanging ni untuk si kecil..boleh di gantung di pintu biliknya..sengaja sebenarnya saya buatkan wallhanging tu..da biasa sangat orang bagi baju kan, sesekali kita tukar x salahkan..

So, happy viewing...

Close up bunga..masa ni baru siapkan bahagian bawah..

Suka tengok kaler pink tu..:p



 Ni lepas da jahit wording dia..gunakan benang sulam DMC (saranan dari otai-otai RE y saya baca dari blog2 mereka)

setelah siap semua jahitan..



Inilah hasil terakhir ...

Saya terlupa nak snap gambar hasil terakhir sebelum diberikan pada mama baby Sorfina, Pn Erni, So dia tolong snapkan gambar ni untuk saya..Terasa satu kepuasan pada diri saya bila menghadiahkan sesuatu kepada orang lain, sesuatu yang kita hasilkan sendiri dari tangan kita..walaupun x secantik mana, tapi bila penerimanya gembira, Alhamdulillah..itu sudah cukup buat saya berbesar hati...tak percaya cuba buat..

Jika ada yang berkenan, boleh tempah yer..xsemestinya letak nama..wording tu boleh di tukar ikut kehendak anda.. ;).. Saya pun berbesar hati kalau anda mahukan saya menghasilkannya untuk anda..sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui yimsak@yahoo.com ..Semoga hari esok yang mendatang lebih baik dari hari-hari semalam buat kita semua..Assalamualaikum..

Khamis, Mac 31, 2011

Mini Canister..

Assalamualaikum..
Hai semua..da malam2 ni baru nak meng"up date" blog (erk..truk nye ayat) ..time2 ni la  br boleh menaip dengan tenang..So, here is the mini canister..actualy saya da pernah post tentangnya sebelum ini..cuma ada yang bertanya dan mintak saya tunjukkan lebih details..Ada dua mini canister yang saya gunakan, yang membezakannya cuma saiz dan juga hiasan di tepi bekas..here I show you guys close up the design and canister its sellf..

 Tinggi 3"
Diameter 3''
RM 5/pc
Min Order 1 dozen

 Close up

Another angle


Untuk bekas yang berwarna biru ini saiz nya boleh memuatkan sebiji cup cake saiz mini..jika tidakpun anda boleh mengisinya dengan gula-gula atau pun coklat..sama juga dengan bekas yang berwarna pink ini, tapi saiznya kecil sedikit berbanding bekas biru..Ia nya terpulang pada kreativiti anda untuk mengisi di dalamnya selain coklat dan juga gula-gula.

Tinggi bekas 2.3"
Diameter 2.5"
RM 4/pc
min order 1 dozen



  Pink Theme

 Close Up



 Another Design

 Close Up

pandangan sisi

Mini canister ini boleh jadi satu kelainan pada cenderahati yang bakal anda berikan pada tetamu di majlis yang anda anjurkan samaada perkahwinan, cukur jambul, pertunangan atau apa jua majlis..Dah tentu tetamu yang menerimanya akan merasa berbesar hati menerimanya..So, if you interested, do not hesitate to contact me thru email yimsak@yahoo.com  and I'll prepare it for you..Good night..(",)

Rabu, Mac 23, 2011

Car Hanging..

Assalamualaikum...
Today I will show you that small cushion for car accesories. I made it for my husband car..But on the kast, Saturday, my husband asked me to joined his activity,  Community day for his office..He want me to display my ribbon craft at there..I dont have much time to prepare so many things, so I just display what I have in my collection..and I have using all the balance items in my box to add what I thinks needed..I just think its was a good platform to me to show up my handcraft..Thanks a lot to my hubby to give this good opportunity to me..:) Enjoy viewing guys..

Love with yellow flower
6"x6"

Close Up...G & M

 Design at the backside

 The tussel

 Another view for the Tussel

 Another design
3.5"x3.5"

Close up the flower
 
Backside

Interested? Do not hesitate to contact me ya...The price starting from RM8-RM18 based on size, design and the deco..(",)See you on the next post..

Assalamualaikum..